Friday, 2 January 2015

Sedingin salji urdun

setelah lama diri menghilangkan daripada menulis blog,
setelah blog bersawang,
Hari ini dengan segala hormatnya, aku telah mengupdate blog aku..

Perjalanan hidup aku yang panjang,
sedar tak sedar,dah masuk 2015..
apa yang aku dah capai?
setakat mana aku dapat membuat umi dan abi aku tersenyum bahagia?
dengan bangga mengucapkan itu anak aku.

Menempuh hidup di bumi urdun.
Pejam celik,pejam celik, aku dah masuk tahun 2..
tersenyum bangga mengatakan aku adalah senior..
tapi, bila ditanya perkataan arab,,aku  tercengang..bila disoal hukum fiqh,,aku terbisu.
sekadar tahu menjawab,,sekejap,nak buka kamus..sekejap nak buka kitab..
dan yang paling popular..sekejap nak tanya pak cik google..

kesejukan di bumi mu'tah makin menduga hati..
perasaan ingin pulang ke Malaysia semakin menyesakkan minda aku.
mengingatkan kembali saat pertama aku menjejakkan kaki kebumi Jordan,
Menyambut perayaan hari raya Aidiladha dikalangan sahabat dalam keadaan sederhana..
ingin disemat sebagai memori terindah meskipun..ketika mendengar takbir raya sayu je hati..

senior yang telah berjaya menamatkan pelajaran ..silih berganti datangnya junior..
mewujudkan kengan dan memori baru di universiti mutah,jordan.
 perasaan gentar untuk menempuh subjek2 yang semakin susah,,
terkadang datang perasaan menyoal minda..
apakah benar pilihan yang aku buat..

kesimpulan yang aku dapat buat sepanjang perjalanan aku berada dibumi jordan khususnya di bumi mutah,,
bertawakallah kepada Allah..dengan sebenar-benar tawakal..
bukan sekadar di mulut..
tapi di hati..
aku masih mencuba dan masih mencari,,





No comments:

Post a Comment

i appreciate it..