Tuesday, 7 April 2015

Apakah kata2 setajam pedang?



 Assalamualaikum..

Istilah keyboard warrior sering terdengar biarpun dikalangan pelajar,tak terlepas bagi pelajar SYARIAH.
Apa kau engat pelajar AGAMA ni perfect sangat ke?
Laju je tangan menaip komen2 negatif yang boleh membelah hati sesiapa pun seiring dengan lajunye mulut mengumpat orang.
Akhirnya siapa yang rugi??
Bukan nak mengata orang la, aku pun termasuk dalam kalangan tu. Betapa ceteknya ilmu aku..Betapa jahilnya aku..Bak kata Shakespeare (aku kutip masa tengok runningman:kredit to runningman) "Man with the less word are the best man"..
Jadi,pikir dulu sebelum cakap, apa yang aku cakap ni dapat pahala @ dosa ?
sakitkan hati orang tak? belah jantung orang tak?
Kekadang aku pun ikut perasaan jugak..mana tidaknya perasaan manusia ni berbeza,ada yang kebal..ada yang nipis lagi tipis.satu perkataan pun dah macam lancarkan perang dunia..

Sepanjang aku menuntut di bumi Jordan ni,dah macam2 orang aku tengok..Bab balas komen dalam laman sosial bukan main lagi dia punya bisa..Semua nak tunjuk hebat..Semua nak tunjuk pandai..Tak kira syabab dan akhawat masing2 bijak pandai..menyusun cerita..Bukan nak menunjukkan keburukan pelajar kat sini dan aku tak spesifikkann sapa2 pun..Semua manusia sama je..

Jadi marilah kita menilai diri sendiri.Aku kena nilai diri aku..Kau kena nilai diri kau..
Maaf kalau ada salah silap..Negatif dan positif gaul bersama menjadi acuan yang sempurna..
Bye ..Assalamualaikum w.b.t..

Friday, 2 January 2015

Sedingin salji urdun

setelah lama diri menghilangkan daripada menulis blog,
setelah blog bersawang,
Hari ini dengan segala hormatnya, aku telah mengupdate blog aku..

Perjalanan hidup aku yang panjang,
sedar tak sedar,dah masuk 2015..
apa yang aku dah capai?
setakat mana aku dapat membuat umi dan abi aku tersenyum bahagia?
dengan bangga mengucapkan itu anak aku.

Menempuh hidup di bumi urdun.
Pejam celik,pejam celik, aku dah masuk tahun 2..
tersenyum bangga mengatakan aku adalah senior..
tapi, bila ditanya perkataan arab,,aku  tercengang..bila disoal hukum fiqh,,aku terbisu.
sekadar tahu menjawab,,sekejap,nak buka kamus..sekejap nak buka kitab..
dan yang paling popular..sekejap nak tanya pak cik google..

kesejukan di bumi mu'tah makin menduga hati..
perasaan ingin pulang ke Malaysia semakin menyesakkan minda aku.
mengingatkan kembali saat pertama aku menjejakkan kaki kebumi Jordan,
Menyambut perayaan hari raya Aidiladha dikalangan sahabat dalam keadaan sederhana..
ingin disemat sebagai memori terindah meskipun..ketika mendengar takbir raya sayu je hati..

senior yang telah berjaya menamatkan pelajaran ..silih berganti datangnya junior..
mewujudkan kengan dan memori baru di universiti mutah,jordan.
 perasaan gentar untuk menempuh subjek2 yang semakin susah,,
terkadang datang perasaan menyoal minda..
apakah benar pilihan yang aku buat..

kesimpulan yang aku dapat buat sepanjang perjalanan aku berada dibumi jordan khususnya di bumi mutah,,
bertawakallah kepada Allah..dengan sebenar-benar tawakal..
bukan sekadar di mulut..
tapi di hati..
aku masih mencuba dan masih mencari,,