Friday, 22 November 2013
Saya sibuk!!
Assalamualaikum..
Fitrah pelajar,sibuk dgn belajar,persatuan,bersukan,facebook,twittter,instagram, keek dan macam2 lagi tu adalah perkara biasa apabila bergelar mahasiswa..
Semasa bergelar mahasiswa lah kita hendak meneroka dunia baru,mencari pengalaman untuk menambah ilmu dalam menjadi umat Islam yang berjaya..
Apa yang saya hendak tekankan disini ialah "kesibukan berpersatuan".
Masa yang wujud hanya 24 jam bukan 25 jam atau 24 jam 1 saat..
Jadi,pelbagai alasan akan wujud untuk mengelak daripada menghadiri program2 persatuan..
"saya datang sini nak belajar bukan nak berpersatuan"
"saya sibuk banyak assigment"
"saya sibuk exam dah dekat"
Persatuan yang wujud adalah utuk menjaga kebajikan pelajar, ia sama sekali tidak pernah memaksa ahli2nya..Tanpa persatuan,mesti kita akan terkontang kanting terutamanya apabila kita menjadi mahasiswa luar negara..disini kawan2 lah keluarga kita..
Jadi,tak salah untuk kita memberi sokongan kepada aktiviti yang persatuan buat.
Konsep berpersatuan senang jer,bknnya rumit. Kalau ada ruang waktu,kita join program yang persatuan buat. Bukannya tidak melibatkan diri langsung..
"pelajaran bukan nombor 1,persatuan bukan nombor 2"
dalam pada saya beri pendapat,saya sendiri pun dalam kekurangan,maklumlah baru belajar untuk perbaiki diri..Apa yang saya luahkan hanya sekadar perkongsian,apa yang baik ambil,apa yang kurang tambah..
Kita memang tidak sempurna,tetapi, tidak salah untuk memperbaiki diri sendiri..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
i appreciate it..